Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010 .............. ~

2010....

1 Januari 2010...
Bermulanya tapi berakhirlah semuanya...
Yes.... I will leave you alone...
Detik berdetik...
Setelah setahun...
Dan hari terakhir  2010 ini...
Semuanya harus bermula...
Semangat baru...
Azam baru...

Kesimpulannya... 2010 banyak perkara aku persiakan..
berlalu...
diri aku...
siapa aku...

Tapi di akhir 2010
biarkan semuanya bertitik noktah...
semalam tetap semalam... 

Akan ku cari cahaya tapi akanku tinggalkan sesuatu...

Cahaya ~

"Ku kini terjerat karenanya
Susah lepaskan dia"


Selamat Tinggal 2010...
Selamat Tinggal... awak...

Jumaat :: 31 Disember 2010 :: 5.38 pm

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia menang!!!!!

Tahniah Malaysia...
Tahniah Harimau Malaya.... ~ :))

Tetibe je timbul satu perasaan
berkobar-kobar... hehehe

Aku nak beli jersey Malaysia...
sebelum ni
tak pernah terfikir pun...

Jersey Johor pun...
Tak pernah terfikir...

Semangat yang tetiba membara...
Aku bukanlah peminat bola...
tak follow
tapi terfollow
bila Malaysia vs Indonesia
Final...
Tengok... tengok...
Best pulak...
Dorang main bermaruah... !!!
Maksudnya berjuang bukan menyerah....

Then...
Barulah muncul 3-0...
Tahniah Malaysia... :))))

IM Proud of My Malaysia....~

Khamis :: 13 Disember 2010 :: 12.33 pm

Tuesday, December 28, 2010

Terhadir seketika tika duka ~~~

"kau datang dan pergi oh begitu saja
semua kutrima apa adanya...."

tanpa aku sedar...
masa berlalu begitu pantas....
jauh meninggalkan...
tanpa sempat aku menjenguk...
kisah lalu yang mencengkam...

telah terdiam aku dulu tanpa kata...
kini aku masih terdiam tanpa kata....
biarpun rasanya yang berbeza...

satu ingin aku mahu kamu tahu...
telah ku kata ya walau tanpa bicara....

"terima kasih.............. awak.."

28 Disember 2010 :: Selasa :: 4.21pm

Wednesday, December 22, 2010

2 Tahun Tanpamu ~

Kak Long aku cerita...
Hari ni...
Kerana Karipap anak sedara aku Azib nangis...
Kesayuan...
Sebab dia tak nak makan karipap...
Sebab dia kata tak sedap...
Dan dia kata... 
Karipap yang paling sedap...
adalah karipap ATOK...
ATOK yang genap 2 tahun pulang kepada penciptaNya...
22 Disember 2008 ~

ATOK yang aku panggil EMAK...
EMAK yang aku tatap 2 tahun lalu...
Ya...
Memang karipap MAK paling sedap...
Memang asam pedas MAK paling sedap...
Memang kari MAK paling sedap...
Tapi MAK da tak masak...
sebab MAK dah tak de...

Hmmmmmmmmmmmmmm
hmmmmmm
hmmmmmmmmmmmmm
hmmmmm

Sudah 2 tahun berlalu detik itu...
Tika aku
"Abang zali, cepat balik mak sakit, balik sekarang!"
tak pernah aku merayu macam tu...

Dan beberapa minit lepas tu
Aku telefon kembali...
"Balik......... Mak dah tak de"

Ya
Memang
Mak da tak de
aku yang tengok EMAK pergi

Ya
Memang
Mak da tak de
kami yang mandikan EMAK

Ya
Memang
Mak da tak de
kami yang hantar ke RUMAHNYA...

EMAK... EMAK da tak de...

AL-FATIHAH

22 Disember 2010 :: 11.03 PM :: Rabu



Wednesday, December 15, 2010

Saman oh saman ~

Saya nampak tu

* A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Tolong

** A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Sape kawan

Saya minta tolong pada datuk
Jangan saman
Saya ada perjumpaan
Dengan persatuan
Surat saman macam ini
Saya ada lapan
Termasuk yang ini wahai datuk
Sudah sembilan
Tolonglah datuk (tolong datuk)
Tolonglah jangan saman (jangan saman)

(Encik dengar sini, hey)
Mana boleh tidak saman
Pandu kereta tak reti perlahan
Orang lain pun guna jalan
Mereka ikut peraturan
Besok bayar saman ini
Ini sudah sembilan kali
Kali ini jangan lalai
Nanti awak tidur tidur balai


Lagu ni tak boleh bla...
Dulu masa zaman kecik2...
Aku rasa bila aku dengo abang-abang aku kena saman...
Dalam hati aku akan cakap macam ni
"Tak geti bawak kete perlahan ke. Kan dah kena saman. Membazir betul... Pot pet pot pet"
Tapi dalam hati je lah...

Tapi bila dah besar ni...
Ada lesen dan JLA...
Barulah aku tahu...
Maksud pemanduan...
Maksud kepuasan...
Dan barulah aku tahu...
Bila ada orang bebel macamana aku nak bebel...  
Hahaha...

Alkisah saman ni...
Tirai Disember 2010 sekarang ini PDRM tengah bagi diskaun saman trafik kepada semua pesalah trafik.
Jadi, aku pergilah ke Balai Polis Trafik untuk merebut peluang diskaun tersebut.
Hmmmm....
Hari ni pulak last untuk diskaun 50%.
Oleh itu...
Sejak aku miliki JLA...
Setakat 2 Tahun 6 Bulan bersama...
Aku ada 3 saman....
Pergggggggggggggggggggggggggggggghhhhhhhh....
Perit...

1.
Tahun 2008... Speeding :: Area Kulai..
RM300.00
Dah Blacklist...

2.
Tahun 2008 gak...
Parking kat Kluang Mall..
RM 200.00

3.
Tahun 2010
Speeding :: Area Kota Tinggi...
RM300.00
Setelah kira-kira
aku bayo 2 je...
sebab kekurangan fulus...

Masuk-masuk balai polis baru tu
aku dapat no 183
aku pun tunggu giliran...
boleh tahan lama...
satu kaunter je di buka...
tengah panas pulak tu...
tapi sesuailah untuk pesalah2..
tiada yang istimewa... hahaha

ada sorang abang ni
saiko gila
dok pot pet pot pet
cakap pasal politik la...
saiko orang...
mengganggu betul...

sedang duduk diam2
tiba-tiba budak sebelah aku tanya no aku bape...
lepas tu dia bagi aku no dia 177
maka.. majulah aku 6 kali ke depan...~
sedang duduk-duduk lagi...
tiba-tiba abang yang baru lepas bayo saman
hasil kirim-kirim
bagi aku no
161
hehehehe...
naiklah aku 16 tingkat...
sama ngan no rumah...
tu yang bertuah sikit...

aku pun sedekahlah no aku kat mereka-mereka yang baru sampai
baik x aku...
kembali menunggu di bawah terik mentari
maka tibalah giliran 161...
akak yang aku bagi no tu da bagi kiriman...
abang yang sorang ni pun da bg kiriman...
tiba kat kaunter je
abang tu pun bagi kiriman kat aku
dalam sampul...
dengan duit sekali..
tapi dalam tu ada no...
yang dia terlupa nak asingkan...
iaitu no asal aku 183...
hahhahahaahhaha.... ~
terkantol di situ....
itu adalah kiriman
kena smash jap ngan kerani polis tu...
Gagagagaga..
.
Moral...
Di mana kita datang... Di situ kita kembali ~
Lepas ni tak payah beratur...
Kirim ngan orang depan sekali... ~
Hahahaha

15 Disember 2010 :: Rabu :: 11.20 pm

Friday, December 10, 2010

Terima Kasih atas Kelahiran Ini ~

Emak...
Nonoi tak pandai nak peluk-peluk...
Nonoi tak pandai nak manja-manja...

TAPI...
Nonoi sayang Emak...
Sayang sangat-sangat...
Nonoi rindu mak...
Rindu sangat-sangat...

Terima Kasih Emak...
Lahirkan Nonoi...
Anak mak dah besar... ;(

AL-FATIHAH EMAK...

10 Disember 2010 :: Jumaat :: 8.40 pm

Wednesday, December 8, 2010

Kita Sahabat ~

Kesinambungan dari 'entry' sebelum ni


Setelah sebulan
rupanya baru dia sedar
yang aku telah pergi
dari menjadi seorang kawan
dalam facebook...

Aku tak tahulah aku perasan ke
tapi aku rasa ada kaitan
berdasarkan status dia

...dE!!!...'dIe' dLeTe aKu dR freNs LisT???...asaL???...aKu yG saLaH ke???...aNywaY, ThaNks La kawN!!!...oR waTevEr u waNna caL me...u hV dNt sMethInG unexPectED...frOm sMe1 yG aKu paNggiL besFreNz sElaMe iNi..

dan di tambah ngan komen dia di bawah ni

aTi sayE maKin meNgecIk...saKiT...cdIh...caM aDe buLuH yG dOk nYocOk2 ni...waRgHHhhh!!!...xtaHaN!!!..

Berdasarkan status dan komen...

Sedih ko...
Serba salah aku...

Tapi cuma satu...

Kita tetap sahabat...
sampai bila-bila ~

8 Disember 2010 :: Rabu :: 10.10 pm 

Tuesday, December 7, 2010

Hari Pertama Hijrah Ini :) ~

Hari Pertama 1432 Hijrah...

Lepas subuh...
Dengan azam baru...
Iaitu

Bangun kembali sebelum pukul 9.00 pagi...
Hahaha...

Yessssssssssss...
Aku berjaya bangun pukul 8.59 pagi...
Hahaha...

Maka sebagai anak yang baik...
Aku kemas-kemas rumah...
Lepas kemas rumah tu aku ajak abah keluar...

Aku bawak abah pergi kat NAITNOP... Pon Pon...
Hahaha...
Jarang pergi oversea ni...
Masa-masa cuti yang memang kena agendanya...
Sampailah aku kat sini...

Untuk apa...
Untuk berbakti pada keluarga...
Walau hanya sezarah...
Hahaha... <Ayat POYO ;p>

Lepas NAITNOP... Pon Pon...
Aku pergi kat AYAJIALUK...
Tempat persinggahan biasa aku...
Kalau pergi oversea...
Hahaha...

Di sini aku dikejutkan...
jeng jeng jeng... ~



Apa ingin ku ungkapkan di Hari Pertama Hijrah...

TERIMA KASIH :)))))))))


Selamat Hari Tua Nonoi ...
Kek yang dibuat sendiri oleh Kak Long aku... Hehehe
Walaupun belum tiba harinya...
Terima Kasih
Terima Kasih
Terima Kasih
Terima Kasih
Terima Kasih
:)

Dan

Greeting E-Cards dari Abang Long...
Ada nyanyi-nyanyi lagu Meow2...
Cute :)...

Walaupun belum tiba harinya...
Terima Kasih
Terima Kasih
Terima Kasih
Terima Kasih
Terima Kasih
:)

1 Muharam 1432 H :: 7 Disember 2010 :: Selasa :: 11.59 am

Monday, December 6, 2010

Di Akhir Tahun Hijrah Ini... ~

Doa akhir tahun dibaca 3x pada akhir waktu asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan zulhijjah.

Segala puji hanya bagi allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas junjungan kami nabi muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan larangan-mu, tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabmu yang ditetapkan kepadaku.

Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dari-mu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang engkau redai dan engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada engkau. Ya allah, ya karim, ya zaljalali wal ikram.

Selawat dan salam keatas junjungan kami nabi muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji hanya bagi allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Amin....

Tahun 1431H....

Banyak yang telah dilalui...
Peritnya derita...
Indahnya bahagia...
Berlabuhlah tirainya...

Ya Allah Maha Pemurah Maha Pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia
Jika nyata dia bukan pemilik tulang rusukku
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata
Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada
Kebahagiaannya kudoakannya
Kepadamu kumohon sucikanlah hatiku
sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana mu
Amin..
 
Isnin :: 6 Disember 2010 :: 5.35 pm

Friday, December 3, 2010

Adakah saya perlu pergi... ~

Adakah saya perlu pergi...
Adakah saya perlu pergi...
Adakah saya perlu pergi...
Adakah saya perlu pergi...
Adakah saya perlu pergi...
Adakah saya perlu pergi...

Soalan tu buat aku fikir sejenak...
Tapi bagi sisi aku yang ada EGO tinggi melampau...
Di dalam hati ~
"Andainya telah kamu fikirkan untuk pergi... bermaksud memang itu yang kamu mahu"...
Pergilah andai itu yang pernah terdetik...

Hmmm.... ala-ala diktator pulak aku...

Bila soalan ini bermain balik di fikiran aku...
Mungkin ini yang pernah aku lakukan dulu...
Tak pernah pertahankan apa yang aku ada...
Mungkin... ~

Bagi aku...
Andai itu yang membuat kamu bahagia...
Pergilah...
Andai itu yang kamu cari...
Pergilah...

Hmmm... Kadang-kadang berjuang pun perlu...
Tapi aku....?
Hanya bertindak logik...
Bukan atas dasar kasih sayang...

Egokah aku.......?

Jumaat :: 3 Disember 2010 :: 5.43 pm

Thursday, December 2, 2010

Puisi yang tak sampai ~

"Rupanya Tsunami lebih berkesan daripada ceramah dan dakwah,
Ceramah berpuluh-puluh tahun tidak diambil perhatian, 
Sekali berlaku Tsunami orang mengambil peringatan,
Inilah hikmahnya berlakunya Tsunami,"

Bait-bait puisi ni sepatutnya aku yang sampaikan dengan jayanya masa kursus ari tu...
Aku jadi orang ketiga dalam kumpulan,
Kumpulan TERABYTE...
Untuk tugasan terakhir selepas pembentangan
So kitorang pilih baca puisi sebagai persembahan... ;)

Kenapa puisi ni tak sampai???
Huhuhu.... :p
Puisi ni didendangkan diiringi lagu kitaro macam kat bawah ni...
memang mendayu-dayu...
Dua ahli kumpulan aku
baca sebelum aku...
dengan feeeeeeling
dan tiba giliran aku...
TAPI.... 
bila aku baca
dan tinggikan suara...
Aku tertengok muka Mr P...
Peeeeeeeeeeerrrrrrrrgggggghhhhhhhhh
Mr. P tengah ketawakan aku
Aku pulak boleh terjangkit ketawa.... Hahaha
Aku terpaksa berhenti kerana tak tahan ketawa....
Dua kali pulak tu.... hish.. hish...
kasihan betuuul.... hahhaha....
kesian kat kumpulan aku... :(
Aku buat onar... hahaha

Tapi mereka tetap teruskan dengan jayanya... :)))
Hehehe....
Ni lah puisinya... ~

Tuhan telah menunjukkan kuasa-Nya,
Di luar logik Manusia,
Tuhan menggunakan khazanah laut-Nya,
Air dan segala isinya diledakan ke darat,
Tsunami namanya,

Akibatnya ratusan ribuan nyawa diragutnya,
Berbillion-billion nilai harta benda dimusnahkannya,
Berpuluh-puluh ribu anak yatim kehilangan ibu bapa,
Bangunan jadi rata,
Banyak kampung hilang dibuatnya,
Ada pulau yang hilang lenyap ditelan oleh laut,
Maka peta dunia dirubahnya,
Dunia hairan dan tercengang dibuatnya,
Tsunami buatan Tuhan merubah segala-galanya
Berubah fikiran manusia kerana berlaku diluar logik akal manusia,
Merubah jiwa dan perasaan manusia didalam keadaan trauma dan ketakutan,

Rupanya Tsunami lebih berkesan daripada ceramah dan dakwah,
Ceramah berpuluh-puluh tahun tidak diambil perhatian,
Sekali berlaku Tsunami orang mengambil peringatan,
Inilah hikmahnya berlakunya Tsunami,

Adillah Tuhan melakukan sekali terjadi ia memberi kesan,
Oleh itu ambillah ingatan Tuhan didalam ceramah-ceramah dan pengajian,
Jangan Tsunami memberi ingatan kita tidak tahan,
Kerana itulah berita sejarah didalam Al Quran
Apabila ingatan tidak diperdulikan,
Ancaman Tuhan pun datang memberi peringatan,

Tsunami ini sama cerita seperti didalam Al Quran,
Setelah ingatan demi ingatan tidak diperdulikan,
Ancaman Tuhan pun datang memberi ingatan,
Sekarang pemimpin senang memberi arahan
Sebab Tsunami keinsafan sudah mulai datang.




Mohon Maaf dan Terima Kasih.... Naim :: Bukhari :: Sahada :: Jas ~
Samseng baca puisi tu yang macam tu..... Hahahahaha.......... :))

Jumaat :: 3 Disember 2010 :: 12.48 am