Wednesday, December 15, 2010

Saman oh saman ~

Saya nampak tu

* A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Tolong

** A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Sape kawan

Saya minta tolong pada datuk
Jangan saman
Saya ada perjumpaan
Dengan persatuan
Surat saman macam ini
Saya ada lapan
Termasuk yang ini wahai datuk
Sudah sembilan
Tolonglah datuk (tolong datuk)
Tolonglah jangan saman (jangan saman)

(Encik dengar sini, hey)
Mana boleh tidak saman
Pandu kereta tak reti perlahan
Orang lain pun guna jalan
Mereka ikut peraturan
Besok bayar saman ini
Ini sudah sembilan kali
Kali ini jangan lalai
Nanti awak tidur tidur balai


Lagu ni tak boleh bla...
Dulu masa zaman kecik2...
Aku rasa bila aku dengo abang-abang aku kena saman...
Dalam hati aku akan cakap macam ni
"Tak geti bawak kete perlahan ke. Kan dah kena saman. Membazir betul... Pot pet pot pet"
Tapi dalam hati je lah...

Tapi bila dah besar ni...
Ada lesen dan JLA...
Barulah aku tahu...
Maksud pemanduan...
Maksud kepuasan...
Dan barulah aku tahu...
Bila ada orang bebel macamana aku nak bebel...  
Hahaha...

Alkisah saman ni...
Tirai Disember 2010 sekarang ini PDRM tengah bagi diskaun saman trafik kepada semua pesalah trafik.
Jadi, aku pergilah ke Balai Polis Trafik untuk merebut peluang diskaun tersebut.
Hmmmm....
Hari ni pulak last untuk diskaun 50%.
Oleh itu...
Sejak aku miliki JLA...
Setakat 2 Tahun 6 Bulan bersama...
Aku ada 3 saman....
Pergggggggggggggggggggggggggggggghhhhhhhh....
Perit...

1.
Tahun 2008... Speeding :: Area Kulai..
RM300.00
Dah Blacklist...

2.
Tahun 2008 gak...
Parking kat Kluang Mall..
RM 200.00

3.
Tahun 2010
Speeding :: Area Kota Tinggi...
RM300.00
Setelah kira-kira
aku bayo 2 je...
sebab kekurangan fulus...

Masuk-masuk balai polis baru tu
aku dapat no 183
aku pun tunggu giliran...
boleh tahan lama...
satu kaunter je di buka...
tengah panas pulak tu...
tapi sesuailah untuk pesalah2..
tiada yang istimewa... hahaha

ada sorang abang ni
saiko gila
dok pot pet pot pet
cakap pasal politik la...
saiko orang...
mengganggu betul...

sedang duduk diam2
tiba-tiba budak sebelah aku tanya no aku bape...
lepas tu dia bagi aku no dia 177
maka.. majulah aku 6 kali ke depan...~
sedang duduk-duduk lagi...
tiba-tiba abang yang baru lepas bayo saman
hasil kirim-kirim
bagi aku no
161
hehehehe...
naiklah aku 16 tingkat...
sama ngan no rumah...
tu yang bertuah sikit...

aku pun sedekahlah no aku kat mereka-mereka yang baru sampai
baik x aku...
kembali menunggu di bawah terik mentari
maka tibalah giliran 161...
akak yang aku bagi no tu da bagi kiriman...
abang yang sorang ni pun da bg kiriman...
tiba kat kaunter je
abang tu pun bagi kiriman kat aku
dalam sampul...
dengan duit sekali..
tapi dalam tu ada no...
yang dia terlupa nak asingkan...
iaitu no asal aku 183...
hahhahahaahhaha.... ~
terkantol di situ....
itu adalah kiriman
kena smash jap ngan kerani polis tu...
Gagagagaga..
.
Moral...
Di mana kita datang... Di situ kita kembali ~
Lepas ni tak payah beratur...
Kirim ngan orang depan sekali... ~
Hahahaha

15 Disember 2010 :: Rabu :: 11.20 pm

No comments:

Post a Comment